INDUSTRIAL CROP PRODUCTION
Menghasilkan sesuatu produk yang berasaskan makanan dalam skala besar dan bukan untuk di makan,tetapi untuk di import ke luar Negara bagi kesan kepada ekonomi Negara.
KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA :
- Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk.
- Kurang kos import bahan makanan.
- Memenuhi keperluan keselamatan Negara.
b. Pengeluaran bahan mentah
- Bahan mentah untuk keperluan industri .
- Contoh : getah-tayar ; kelapa sawit-minyak masak
- Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
- Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN TANAMAN :
a. Faktor iklim :
- Kawasan Tanah pamah/rendah-suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah.
- Kawasan Tanah tinggi- suhu rendah sesuai untuk tanaman tomato.
b. Faktor sejarah :
- Zaman sebelum penjajah inggeris -tanaman sara diri seperti padi.
- Zaman penjajah Inggeris- getah dan kelapa sawit.
c. Faktor ekonomi :
- Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman.
- Pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasaran.
- Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik dan air).Untuk membangunan sector pertanian.
TREND PERTANIAN DI MALAYSIA :
1. Matlamat - untuk menggelakkan Negara bergantung kepada satu jenis
tanaman sebagai punca pendapatan
2. Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman
- menambah pendapatan petani.
- mempelbagaikan ekonomi Negara.
- meluaskan pasaran hasil pertanian.
3. Ladang kontrak :
- peladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal.
- tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap.
4. Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
- Mengadakan lawatan ke kebun.
- memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan penggunaan media massa secara meluas/ kempen.
PENANAMAN TOMATO DI LADANG :
Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur. Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas perlulah disiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut. Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya. Ubahlah anak benih semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air. Hanya anak benih yang subur dipilih. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm. Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan